Monday, 12 December 2011

Contoh Soalan Bahagian C

Petikan 1

Tulis beberapa  nilai murni/pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.   Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. 

     Pada suatu hari, Sarbun dan Darus menjala di sebatang sungai. Sudah dua jam mereka menjala tetapi hasil yang diperolehi jauh dari yang diharapkan. Namun mereka tetap menebarkan jala . Sarbun mengharapkan hasil tangkapan untuk dijual bagi membayar yuran anaknya yang sudah sebulan tertunggak. Darus tiba-tiba meminta tolong. Rupa-rupanya dia hampir lemas akibat tergelincir ke dalam sungai. Sarbun bergegas terjun menyelamatkan Darus tanpa menghiraukan jalanya yang sudah berada di dalam air. Bagi Sarbun nyawa lebih penting daripada ikan. Darus berjaya diselamatkan dan mengucapkan terima kasih kepada Sarbun. Sarbun menasihati Darus agar lebih berhati-hati. Meskipun tangkapan mereka tidak seperti yang diharapkan  namun mereka bersyukur kerana terselamat dari kemalangan. Mereka percaya bahawa rezeki boleh dicari tetapi  keselamatan dan nyawa harus diutamakan dahulu.

Petikan 2
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan


Palpa rumbia dibuat sagu,                              Bunga mawar berwarna-warni,
Sagu diadun dijadikan lepat;                          Mawar merah jadi pilihan;
Hati sedih bertambah sayu,                            Inikah budi masyarakat madani,
Banjir kilat longkang tersumbat.                     Pentingkan laba musnahkan keindahan.
Panjat kelapa menggunakan sigai,               Putat, pegaga dibuat ulam,
Sigai dicipta oleh Pak Nayan;                         Tumbuh subur di tepi jemuran;
Sisa toksik berlimpahan di sungai,                 Marilah teman mencintai alam,
Pembangunan meragut rezeki nelayan.      Jaga kebersihan elakkan pencemaran.
Gula melaka si nira tebu,
Lopes enak menambat selera;
Ozon menipis menebal jerebu,
Pencemaran udara, musnah belantara.

No comments:

Post a Comment