Peruntukkan markah bagi bahagian C adalah sebanyak 20 markah.
Tips menjawab.
Beberapa nilai murni / pengajaran / amalan baik yang saya peroleh ialah
kita mestilah______________________________. Selain itu ialah kita____________________.Seterunsnya ialah kita mestilah_____________________. Di Samping itu kita mestilah____________________________. Akhir sekali kita sewajarnya___________________________________.
Contoh jawapan petikan 1 yang diberikan.
Beberapa nilai murni atau pengajaran dalam petikan ini. Antaranya ialah kita mestilah sentiasa tabah dan sabar ketika melakukan sesuatu tugasan ataupun pekerjaan supaya memperoleh hasil yang terbaik. Selain itu, kita mestilah bertanggungjawab terhadap kebajikan ahli keluarga seperti melangsaikan pembayaran yuran anak-anak. Di samping itu, kita perlulah membantu seseorang yang dilanda kesusahan kerana saling membantu itu amalan yang mulia. Seterusnya, kita mestilah berterima kasih kepada individu yang telah menghulurkan bantuan kepada kita. Ini adalah sebagai tanda penghargaan kita atas pertolongan tersebut. Akhir sekali, kita mestilah sentiasa bersyukur apabila terselamat daripada segala bencana ataupun musibah.
Contoh jawapan petikan 2 yang diberikan.
Beberapa pengajaran yang diperoleh daripada pantun, antaranya kita mestilah sentiasa prihatin bagi mengelakkan banjir kilat. Selain itu, kita sepatutnya bertanggungjawab dengan tidak mengotori sungai. Seterusnya, kita haruslah menjaga kesihatan dan elakkan pencemaran udara. Oleh itu, kita dikehendaki sentiasa rasional dalam menjaga keindahan alam. Akhirnya, kita sewajarnya mencintai alam dengan menjaga kebersihan persekitaran.
No comments:
Post a Comment