Monday, 12 December 2011

PENGENALAN

KRT 3013 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH
MD SAIPUL NIZAM BIN ISHAK  D20102044806
EL - A29
PENSYARAH : PUAN ROZNIM BINTI MOHAMAD RASLI
Perisian ini dibina bertujuan membantu guru dan murid sekolah rendah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan (012) bahagian A dan bahagian C.  Perisian ini terdiri daripada penerangan, tutorial, dan latihan mengenai kaedah berkesan untuk  menjawab soalan penulisan bahagian A dan bahagian C. Beberapa contoh soalan dan latihan disediakan dalam perisian ini. Oleh itu, diharap perisian ini dapat membantu guru mempermudahkan P&P agar lebih menarik dan secara tidak langsung dapat meningkatkan peratus kelulusan subjek Bahasa Melayu Penulisan (012) .

OBJEKTIF

Pada akhir penggunaan Blog ini, anda akan dapat:
1.Mengetahui kaedah yang berkesan dalam menjawab kertas Bahasa Melayu
   Penulisan (012) bahagian A dan bahagian C.
2.Murid dapat menjawab soalan berdasarkan langkah-langkah yang telah diberikan
   dengan sistematik.
3.Murid dapat meningkatkan keputusan peperiksaan Bahasa Melayu Penulisan (012)
4.Guru dapat  meningkatkan peratus kelulusan dan kualiti untuk subjek 
Bahasa Melayu Penulisan (012)
5.Guru boleh menjadikan blog ini sebagai salah satu bahan bantu mengajar.

Panduan Menjawab Membina Ayat

Langkah 1

1. Lihat gambar dengan teliti.
2. Fikirkan lima kata tanya (siapa/ mana/ apa/ mengapa/ bagaimana)
siapa – berkaitan dengan orang yang ada
mana – berkaitan dengan tempat
apa  – berkaitan dengan aktiviti yang berlaku
mengapa – berkaitan dengan sebab/ penyebab sesuatu
bagaimana – berkaitan dengan cara berlaku sesuatu
Langkah 2
Catatkan aktiviti (kata kerja), situasi (kata adjektif) atau keadaan umum (kata kerja atau kata
adjektif) yang terdapat dalam gambar atau grafik.

Langkah 3

Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan aktiviti-aktiviti/situasi/ keadaan tersebut.

Langkah 4

1. Baca semula ayat-ayat tersebut

2. Betulkan semua kesalahan tatabahasa, terutama dari segi penggunaan kata,
    struktur ayat penggunaan imbuhan, tanda bacaan dan ejaan.

Contoh Membina Ayat Bahagian A

Peruntukkan markah bagi bahagian A adalah sebanyak 10 markah.

Tuliskan lima ayat berdasarkan aktiviti - aktiviti yang terdapat dalam gambar.


1.     Murid- murid sedang bergotong royong memasang khemah di padang sekolah.
2.     Tiga orang murid perumpuan memasukkan batang besi untuk mendirikan khemah.
3.     Guru sedang membantu murid - murid untuk memasangkan khemah.
4.     Dua orang murid perumpuan sedang membersihkan ruangan dalam khemah.
5.     Tiga orang murid perempuan sedang membetulkan bahagian atas khemah. 


Tulis lima ayat berdasarkan situasi yang terdapat dalam gambar.




1.     Ini adalah perpustakaan sekolah tempat murid - murid dan guru mencari bahan bacaan.
2.     Ramai murid yang sedang membaca buku di dalam perpustakaan sekolah.
3.     Beberapa pengawas perpustakaan menjalankan tugas di perpustakaan sekolah.
4.     Beberapa orang murid sedang mencari bahan bacaan di perpustakaan sekolah.
5.     Buku -buku di perpustakaan sekolah di susun dengan teratur dan kemas.

Panduan Menjawab Bahagian C

Langkah 1
Baca dan fahami soalan
1. pastikan kehendak soalan dengan menggariskan kata kunci soalan iaitu (nilai murni atau
         pengajaran ATAU nilai murni/pengajaran)
2.Pastikan kehendak soalan sama ada tidak kurang 50 patah perkataan atau tidak lebih 50
                     patah perkataan. (Tidak boleh lebih 80 perkataan)
Langkah 2
Baca dan fahami bahan rangsangan 
1.Baca bahan (sastera atau bukan  sastera) dengan teliti dan fahami kandungannya.
2.Kenal pasti dan senaraikan nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam bahan
   rangsangan
Langkah 3
ulasan (jawapan)
1. Buat ulasan berdasarkan beberapa nilai murni atau pengajaran yang disenaraikan
    menggunakan penanda wacana yang sesuai.
Langkah 4
menyemak jawapan
1. Semak struktur ayat, penggunaan kata, tanda  baca, imbuhan dan ejaan.

Contoh Soalan Bahagian C

Petikan 1

Tulis beberapa  nilai murni/pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.   Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. 

     Pada suatu hari, Sarbun dan Darus menjala di sebatang sungai. Sudah dua jam mereka menjala tetapi hasil yang diperolehi jauh dari yang diharapkan. Namun mereka tetap menebarkan jala . Sarbun mengharapkan hasil tangkapan untuk dijual bagi membayar yuran anaknya yang sudah sebulan tertunggak. Darus tiba-tiba meminta tolong. Rupa-rupanya dia hampir lemas akibat tergelincir ke dalam sungai. Sarbun bergegas terjun menyelamatkan Darus tanpa menghiraukan jalanya yang sudah berada di dalam air. Bagi Sarbun nyawa lebih penting daripada ikan. Darus berjaya diselamatkan dan mengucapkan terima kasih kepada Sarbun. Sarbun menasihati Darus agar lebih berhati-hati. Meskipun tangkapan mereka tidak seperti yang diharapkan  namun mereka bersyukur kerana terselamat dari kemalangan. Mereka percaya bahawa rezeki boleh dicari tetapi  keselamatan dan nyawa harus diutamakan dahulu.

Petikan 2
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan


Palpa rumbia dibuat sagu,                              Bunga mawar berwarna-warni,
Sagu diadun dijadikan lepat;                          Mawar merah jadi pilihan;
Hati sedih bertambah sayu,                            Inikah budi masyarakat madani,
Banjir kilat longkang tersumbat.                     Pentingkan laba musnahkan keindahan.
Panjat kelapa menggunakan sigai,               Putat, pegaga dibuat ulam,
Sigai dicipta oleh Pak Nayan;                         Tumbuh subur di tepi jemuran;
Sisa toksik berlimpahan di sungai,                 Marilah teman mencintai alam,
Pembangunan meragut rezeki nelayan.      Jaga kebersihan elakkan pencemaran.
Gula melaka si nira tebu,
Lopes enak menambat selera;
Ozon menipis menebal jerebu,
Pencemaran udara, musnah belantara.

Contoh Menjawab Soalan Bahagian C.

Peruntukkan markah bagi bahagian C adalah sebanyak 20 markah.

Tips menjawab.                       
              Beberapa nilai murni / pengajaran / amalan baik yang saya peroleh ialah 
kita mestilah______________________________. Selain itu ialah kita____________________.Seterunsnya ialah kita mestilah_____________________. Di Samping itu kita mestilah____________________________. Akhir sekali kita sewajarnya___________________________________.

Contoh jawapan petikan 1 yang diberikan.
    Beberapa nilai murni atau pengajaran dalam petikan ini. Antaranya ialah kita mestilah sentiasa tabah dan sabar ketika melakukan sesuatu tugasan ataupun pekerjaan  supaya memperoleh hasil yang terbaik. Selain itu, kita mestilah bertanggungjawab  terhadap kebajikan ahli keluarga seperti melangsaikan pembayaran yuran anak-anak.  Di samping itu, kita perlulah membantu seseorang yang dilanda kesusahan kerana saling membantu itu amalan yang mulia. Seterusnya, kita mestilah berterima kasih kepada individu yang telah menghulurkan bantuan kepada kita. Ini adalah sebagai tanda penghargaan kita atas pertolongan tersebut. Akhir sekali, kita mestilah sentiasa bersyukur apabila terselamat daripada segala bencana ataupun musibah.

Contoh jawapan petikan 2 yang diberikan.

       Beberapa pengajaran yang diperoleh daripada pantun, antaranya kita mestilah sentiasa prihatin bagi mengelakkan banjir kilat. Selain itu, kita sepatutnya bertanggungjawab dengan tidak mengotori sungai. Seterusnya, kita haruslah menjaga kesihatan dan elakkan pencemaran udara. Oleh itu, kita dikehendaki sentiasa rasional dalam menjaga keindahan alam. Akhirnya, kita sewajarnya mencintai alam dengan menjaga kebersihan persekitaran.